Saturday, 29 December 2012

PUISI NAKSIHAT ARABU WALON 5

PERIHAL IBU

Jangan beban Ibu mengandung,
siang malam menahan kesakitan;
Jika bapa enggan menanggung,
tergolonglah dia saudara syaitan.

Sejak kecil hingga dewasa,
ibu asuh membentuk bahasa;
wajiblah kita mengenang jasa,
agar terhindar segala dosa.

Jangan sampai diri merana,
mengenang akan idaman kalbu;
ingin jadi insan sempurna,
ikutilah kata nasihat Ibu.

Kalau jalan ternampak hantu,
jangan pula langkah seribu;
kaseh Ibu kaseh yang satu,
kaseh Allah lebih dari tu.

Syurga ditapak kaki Ibu,
ampun maaf pinta dahulu;
jangan leka buat tak tahu,
sampai masa nanti kelabu.

Setiap hamba diberi amanat,
menjauhi zalim serta khianat;
datuk nenek selalu mengingat,
supaya anak cucu selamat.

Thursday, 27 December 2012

THE QUOTES #1

Sabda Baginda Saw..

Faith and action are two brothers,bound together with a single rope.Allah will not accept either one without the other. ( Kanz Al’Ummal.- No.59 )

Truth and Realization born from awareness.Anything less is merely knowing the existence as a reflection of words; the words of Man.

Wednesday, 26 December 2012

PUISI NAKSIHAT ARABU WALON 4

TALI PERSAUDARAAN


Ramai ingin jadi nakhoda
Kapal hanya perlu satu
Takhta, harta, wanita tergoda
Tempat iblis berkumpul di situ

Semua saudara ada kaitan
Berpadu lagi kuat ikatan
Syak wasangka yang bukan-bukan
Sudah sepadu terlerai ikatan

Jangan hancurkan ikatan suci
Yang terbendung sejak azali
Selalu bermaaf sikap terpuji
Kasih sayang tak dapat dibeli

Saudara selalu perlu mengingat
Berganding bahu paut semangat
Bercerai roboh berkecai lumat
Cuainya iman iblis menyengat

Dugaan hidup penuh bermakna
Setiap seorang diberi tak sama
Dihitung amalan adil saksama
Hukuman ilahi wajib diterima

Sehelai rambut dalam tepung
Menarik keluar sungguh rumit
Kerja zahir batin menanggung
Hujung rambut hingga ke tumit.

Selawat adanya lekat dihati,
Setiap masa diamal teliti;
Sedang amalan selalu diperhati,
Mana boleh tidak diingati.

Jangan disoal ketentuan Allah,
Bukan manusia haknya mengubah;
Elak pantas pun kena rebah,
Masih degil, demam tak kebah.

Bersabar diam terima seadaNya,
Memohon doa selama-lamanya;
Sampai bila jangan ditanya,
Usah risau bukan dianiaya.


PUISI NAKSIHAT ARABU WALON 3

PERIHAL EGO

Ego terbentuk sekelip mata
Tidak akui hanya pendusta
Kerana permata atau mahkota
Punca hati melarat buta

Berego disangka pertahan maruah
Akibatnya diri terjadi murah
Hilang kawalan habis tercurah
Akhirnya sendiri naik marah

Jika tersalah mengaku saja
Lebih mulia dari anak raja
Malah kesilapan bukan sengaja
Ambil yang jernih jadikan baja

Jangan menegak benang yang  basah
Nanti penat ditimpa susah
Ingin tahu akhirnya kisah
Sesaat iman boleh terpisah

Akal menakal mengenal erti
Dihati teragak keadaan sebenar
Ketetapan iman membantu hati
Supaya cahaya di dalam bersinar

Titik hitam di dalam hati
Tempat iblis membina kota
Wabak demikian tidak berhati
Penyakit melarat menjadi buta

Nur tajali sifat Allah
Sifat menjadi kalam Allah
Taat pada ajaran Rasulullah
Cermin dihati dijamin cerah

Sunday, 23 December 2012

PUISI NAKSIHAT ARABU WALON 2


Soal Hati Nurani


Kemaafan yang tak dilupakan, 
ibarat titik hitam dalam ingatan;
harus disemadikan bersama perasaan, 
ketulusan batin tiada sekatan.

Manusia tiada hak segala kejadian,
walau dibawa bersama perasaan;
Fikirlah sebagai contoh tauladan,
agar dapat kesejukan jalinan.

Kita berjaga orang terleka,  
musibah berlaku kehendak siapa?; 
keredhaan wajib kita sapa,   
hingga kehujung kembali Rasa. 

Jangan pula sembunyi diri,
hakikat kehidupan yang dihadapi;
segala kejadian hak Illahi,
kembali Rasa jatikan diri.

Gerak geri usaha sendiri,
cerminlah hati naluri budi; 
sikap Penyabar tinggi pekerti, 
sikap Pemaaf lebih diberkati. 

Tuntutan Dunia menimba Ilmu,
tanpa mengenal erti jemu;
tuntutan Akhirat Amalan Ilmu,
jangan jemu nanti tak bertemu.

Jihad bertempur sesama manusia, 
dizaman mengenali Islam dahulu; 
menzalimi awam yang tak berdosa,
panji kemenangannya semata Nafsu.

Berjihad dengan hawa nafsu,
pelajari dari kesilapan dahulu;
mensucikan diri mengamal Ilmu,
menyerap Kebenaran tak terganggu.

Yang terang Iman sendiri,
yang gelap Nafsu sendiri,
yang sesat Diri sendiri,
yang Benar tegap berdiri.



Thursday, 20 December 2012

SYAIR IBNU SINA



PSIKOLOGI ILMU


Ia turun menemui dari tempat yang tinggi,
sesuatu yang memiliki kekuatan dan pencegahan,
ia menemui meskipun ia belum tentu suka kepada mu,
atau boleh juga ia enggan berpisah dari mu dengan sangat sedih.

Aku mengira bahawa ia lupa akan janji yang pernah dibuat,
juga lupa pada rumah yang tidak ingin ditinggalkan,
Ia (Jiwa) akan menangis jika mengingat rumah rumah ditempat dahulu,
rumah yang memiliki saluran air yang tidak pernah terputus,
hingga waktu perpisahan dari tempat perlindungan telah tiba,
dan perjalanan menuju ke alam yang lebih luas menjemput,
semuanya tersingkap dan terlihat lah,sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata yang biasa tidor.

Kemudian,ia mulai bersenandung diatas puncak ketinggian,
sedang Ilmu pengetahuan akan mengangkat siapa saja yang belum terangkat,
Lantas,apa pun yang jatuh dari ketinggian,
ia akan jatuh kedalam lubang yang paling dekat tetapi terhina,
bila jatuhnya ia sangat kencang,
maka ia akan terdengar hingga ke pelosok sekalipun,
lalu ia akan kembali mencari tahu apa yang tidak diketahuinya,
diantara dua alam,sedangkan kebodohan sendiri tidak akan tertutup.
Dialah yang dimana waktulah yang menempuh jalannya,
hingga ia pergi ke tempat yang tidak berhujung,
seakan-akan ia seperti kilat yang bersinar di padang rumput,
tetapi kemudian kilat itu bersembuyi sehingga seakan akan ia tidak bersinar.

Monday, 17 December 2012

PUISI NAKSIHAT ARABU WALON 1


Perihal Akal Bersama Ilmu Pedoman


Jangan semudah menganut Islam,
Dengan mengucap kalimah Syahaddah;
Sucikan diri luar dan dalam,
Amalkan ilmu hingga ke sudah

Hidup semata untuk mencari
peniti jalan yang Benar sejati
Akal manusia anugerah Illahi,
membentuk Iman usahalah sendiri.

Mencari Ilmu berpada-pada,  
apa yang ada cukup didada;
bila hawa nafsu ternoda,
disitu patut Iman berada.

Tuntutan hidup menimba Ilmu,
tanpa mengenal erti jemu;
tuntutan Akhirat Amalan Ilmu,
jangan jemu nanti tak bertemu.

Kalau Ilmu penuh didada,
buang sikap Sombong mengada; 
tiada harta perlu diada,
hanya amalan untuk ke Syurga. 

Membentuk Akhlak perlu Ilmu,
membentuk Keluarga perlu Ibu;
membentuk Rumah perlu batu,
membentuk Bahagia perlu bersatu.

Friday, 14 December 2012

KEARIFAN ILMU

1.   Empat pagi ana menyurat,                                                                                  
      malam jumaat nama hikayat;
      menyatakan Ilmu disisi tersurat,
      demikian pula disisi tersirat.

2.   Sebagaimana kita tahunya,
      menuntut Ilmu wajib adanya;
      walau ke negeri China tempatnya,
      dari buaian sampai lahadnya.

3.   Bila disebut kalimah Ilmu,
      ada yang ghairah tiada jemu;
      ada yang lekas menjadi jemu,
      ada yang asyik dalam Ilmu.

4.   Maka terjadi demikian rupa,
      kerana tersalah mengambil makna;
      sehingga leka lupa dan alpa,
      gemarkan ehwal yang pesona.

5.   Jika ditanya kepada orang,
      baik yang lembut mahupun garang;
      apakah maksud Ilmu sekarang,
      pasti dijawab,"Pengetahuan lah Bang."

6.   Maka ini hamba nyatakan,
      adalah Ilmu dua bahagian;
      pada yang zahir satu bahagian,
      pada yang batin satu bahagian.

7.   Pada yang zahir seperti difahami,
      oleh kita yang awam ini;
      adalah ia pengetahuan insani,
      luas bacaan ia meliputi.

8.   Ilmu pada fahaman awam,
      tersusun ia dikitab tersergam;
      atau dari manusia beragam,
      asal boleh dihafal faham.

9.   Boleh dituntut dengan bersungguh,
      sehingga dahi berpeluh peluh;
      siang malam duduk bersimpuh,
      membaca memahami kitab lusuh.

10. Sehingga lupa mengambil faedah,
      untuk amalan Yaumil Qiyamah;
      kitab lusuh dingerti sudah,
      hanya manfaat untuk berhujjah.

11. Kalau begitu cara fahamnya,
      tertakluk Ilmu pada luarannya;
      hanya mengumpul maklumat sedunia,
      sedia menjawab sebarang soalannya.

12. Sungguh sang awam telah berpegang,
      pada maksud yang kurang terang;
      cahaya Ilmu tiada cemerlang,
      hanya pandai mendongeng mengarang.

13. Kalau hanya mengumpul maklumat,
      dari kitab berkebat kebat;
      tiap baris dimuka surat,
      dimanakah ia titik penamat?.

14. Jika berhujjah menjadi penamat,
      semua yang bodoh dilibas lumat;
      dimanakah pula letaknya hormat?,
      bukankah nanti timbul kesumat?

15. Baik baik mengambil makna,
      makna Ilmu senjata kita;
      kerana Ilmu amalan bermula,
      tersalah faham sesatlah hala.

16. Adapun Ilmu pada batinnya,
      hanya sang Arif yang memegangnya;
      maka Ilmu diberi makna,
      terkandung dalam empat syaratnya.

17. Yang pertama itu menghayatinya,
      jernihkan fikiran yang keduanya;
      mendarah daging yang ketiganya,
      yang keempat mengawal nafsunya.

18. Bila sempurna seluruh syaratnya,
      demikian itu menepati maknanya;
      kalimah ILMU yang kita baca,
      kelak sampai lah maksud Batinnya.

19. Pada makna yang Zahir itu,
      sekadar mengumpul maklumat baru;
      tanpa ada yang boleh dilaku,
      hanya berhujah menghemtam seteru.

20. Pada makna yang Batin nanti,
      membawa insan membentuk diri;
      memperelok akhlak dan budi pekerti,
      semakin rapat dengan Illahi.

21. Baik baik lah kita perhati,
      setiap tingkah juga budi;
      dalam mencari ILMU SEJATI,
      supaya terang maksud RABBANI.

22. Faham faham makna ILMU,
      pada istilah fahamkan dulu;
      agar tidak tersalah pandu,
      mencari panduan untuk menuju.

23. Bukanlah Ilmu boleh dimengerti,
      membaca menyalin maklumat berketi;
      sampai lupa habuanNya diri,
      akal merana hati pun mati.

24. Ingat - ingat Ilmu dituntut,
      mesti diamal berpatut-patut;
      kelak disana Dia menuntut,
      tidakkah kita kelam kabut.

25. Yang terang Iman sendiri,
      yang gelap Nafsu sendiri;
      yang Sesat diri sendiri,
      yang Benar tegap berdiri.


   


   
   

Monday, 10 December 2012

HULURAN SELAWAT & SALAM

::In The Name Of Allah::


Layanlah diri bersama pantun,
segala luahan berkurang santun;
ampun maaf segera diruntun,
hanya menunggu semula berhimpun.

Kebenaran bukan untuk ditonton,
jangan teragak walau satu hun;
bila berdepan jangan terpegun,
doakan nurnya kekal terhimpun.

Jika di lihat pertama kali,
terasa seram hebat sekali;
tapi jika terus diikuti,
terasa cinta didalam hati.

Indahnya tidak terperi,
bagaikan sesuci embun pagi;
lahirnya dari hati nurani,
yang tak pernah berdusta pada diri sendiri.

Bukan rupa yang diperhati,
tetapi hati budi nurani,
luhurnya segala laku diri,
semata kasih yang abadi.